Thursday, August 26, 2010

AKTIFKAN GETARAN KEKAYAAN, KEJAYAAN DAN KEBAHAGIAAN (3K)

Salam perjuangan kepada semua pengikut blog..muga hari ini adalah hari yang maksimum hidup kita dan orang2 tersayang diberkati ALLAH...Keluar dari masjid tadi selepas solat tarawikh..CDM Aziz sempat pesan pada saya kita dan anak2 kena gandakan bacaan Al Quran untuk malam ini dan seterusnya..Kami satu family mengamalkan tadarrus bersama2...Semua anak2 termasuk yang berada di asrama...masing2 ada bahagian masing2..Alhamdulillah dah masuk round khatam yang kedua...Saya dan CDM Aziz jadikan budaya dalam family semenjak anak2 kecil lagi...Anak2 ramai.. cepat sikit khatam...Kebetulan cuti semester semua anak2 ada dirumah...mereka paling bahagia ramadan ini sebab saya masak untuk buka puasa tiap2 hari... Abdul Alim (angah) akan ke Alazhar mesir pada 18 september (menuntut dalm bidang Islamic study). ini antara kebahagiaan yang tiada tolok bandingnya dalam hidup saya...ALHAMDULILLAH...
Semua kita mengidamkan 3k...tapi kadang2 cara kita bertindak..berfikir dan merancang menyebabkan kita terus terperangkap dalam kesempitan...kegagalan..kesedihan..dan sentiasa dihimpit masalah demi masalah...kekadang bertimpa2 dan tidak putus2!!! kita semua sebenarnya berhak dan layak untuk hidup bahagia..sihat..kaya... berjaya dan mendapat keberkatan Allah yang luarbiasa. Cuba kita muhasabah diri.. sudah berapa lama kita berjuang untuk mendapat semua K tersebut..apa yang kita ada??? Contoh yang paling mudah berapa banyak simpanan dan aset yang anda ada setelah berjuang bertahun2!!!..inilah yang membezakan kita dengan orang2 kaya dan berjaya!!!...Kita kena belajar cara orang2 kaya hidup dan bertindak!! Kita kena sedut ilmu2 mereka dan implement semua ilmu2 tersebut untuk mendapatkan semua K yang kita idamkan itu!! Kita punya pilihan dan kita dah tak banyak masa!!!!
10 TIPS AMALAN ORANG2 YANG SUDAH MENDAPAT SEMUA K :
1. Bershukur dgn semua nikmat ALLAH..bukan sekadar dgn kata2 saja tapi disertai dgn perbuatan...celebration!!
2. Mereka sentiasa mencari ilmu utk muhasabah dan meningkatkan motivasi diri...menuntut ilmu sampai kenegeri cina..non stop...
3. Bergaul dgn orang yg positif saja
4. Mereka sentiasa bersangka baik..(berfikiran positif tentang diri dan orang lain)
5. Mereka tidak sakit hati dan iri hati dgn kejayaan orang lain
6. Putus asa dan penat tiada dlm kamus hidup mereka
7. Mereka sentiasa looking foward untuk buat kebajikan kpd masyarakat yg memerlukan
9. Mereka cukup2 mengambil berat tentang ibu bapa dan mertua...sentiasa mengembirakan mereka.
10. Mereka banyak beristighfar ( paling penting untuk mengaktifkan getaran setiap K yang diidamkan)

Semua Warga SMART TYCOON yang sentiasa berjuang untuk mengubah hidup bagi mendapatkan semua K yang ada...anda bawa rakan2 kongsi yang baru dan lama ke MBC Temerloh pada Ahad ini jam 9 pagi..Saya pasti akan memberikan banyak lagi TIPS2 yg sgt berguna untuk mengaktifkan getaran K tersebut...siap dengan praktikalnya sekali...bila implement pasti jadi!!!!!

TINDAKAN LUAR BIASA AKAN PASTIKAN ANDA MENDAPAT GETARAN YANG LUARBIASA!!!

BERTEMU ANDA DIPUNCAK KEJAYAAN!!!

No comments:

Post a Comment